Pages

Friday, July 1, 2011

BERSIH !

 Sekarang ramai sudah tahu tentang Perhimpunan Bersih yang bakal diaadakan pada 9 July samaada yang tahu dan paham tentang apa yg diperjuangkan oleh Bersih dan tidak jugak yang hanya telan bulat apa yang disuapkan oleh media ! 
 Kalau dulu aku selalu pakai baju Bersih,tak kira ke kuliah ka jalan2 ka , tak seorang pon tergur dan kenal apa baju kuning tu , sekarang ramai sudah ramai tahu apa baju tu , dan tak ketinggalan juga kepada yg fobia sehingga memakai baju dgn menutup aurat pon salah , walhal yg terdedah sana sini okay!

Apa sebenarnya tuntutan Bersih itu yg sangat merbahaya di Mata Umno Barisan Nasional ?

1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia. Contohnya :
| Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
| Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
| Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
| Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
| Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
| Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
| Pembelian undi harus dihentikan!
| Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor
| BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Berikut adalah 8 tuntutan Bersih 2.0 . Apa yang ditutut hanya lah pembersihan sistem Pilihanraya di Malaysia supaya lebih adil dan bersih dan juga tidak di tunganggi oleh mana2 pihak ! Umno Barisan Nasional mati-mati meyekat perhimpunan aman ini dari berlangsung dgn bermacam-macam alasan yang diberi oleh menteri  sangat menampakan kecetekan pemikiran . Sekejap kata perhimpunan bersih dibiyai oleh orang kristian ,pas tu yahudi pula, tiba tiba muncul komunis pula! Mana satu yang betul wahai menteri2 ! 

 Perhimpunan Bersih akan diadakan secara aman , sudah banyk kali dilaungkan dah dihebahkan, tetapi tetap diharamkan . Perhimpunan yang terang2 menampakan niat mereka mencetuskan huru hara dan juga bersifat racist boleh diberi permit ! Kalau difikirkan , yang menentang perhimpunan bersih ini seaakan tidak mahu membebaskan sistem demokrasi negara ! Mereka lebih menyokong supaya untuk menipu dalam pilihan raya , merasuah !

 Bagi pendapat aku sendri , mereka menentang Bersih bukan sebab apa , mereka tidak mahu Pilihanraya di Malaysia dijalankan dengan adil dan telus ! Sekiranya pilihanraya malaysia adil dan telus , mereka tak mungkin dapat menang , oleh kerana mereka sering menipu untuk menang ! immaright ? Situasi2 yg berlaku sekarang tidak ubah macam tonton cerita hindustan ! Rupanya direktor2 filem hindi ni cukup masak dgn budaya politik negara kita juga !

 Timbul suara2 yang menyatakan keaaman negara perlu dijaga, dan jangan buat kekacauan ! Siap yg mula mencetuskan kekacauan! perhimpunan yg awal2 lagi melauangkan ingin berhimpun dgn aman atau yg sudah siap ingin bertempur ! Ya keamanan perlu dijaga, tetapi adakah  kita diam membisu sekiranya rasuah dan kezaliman berlaku!
"tak dak cara lain ka , asyik nak demo je" ini bukan demo , ini pehimpunan aman ! Cara lain ! mcm mna nak cari cara lain semua suara rakyat disekat ! Media2 semua dikontrol ! tiada langsung ruang lain yang ada semuanya kaki jilat ! 
 Bersih is the only choice for us now t !!
 Bukan nak mengulingkan Kerajaan , cuma mahu Spr lebih bersih ! Kalau rasa sudah bersih , kenapa kuat sngat membantah ! aku rasa tak jadi masalah langsung sekirangya bersih dijalankan kalau rasa diri sudah bersih !! 

Mat 

No comments:

Post a Comment