Pages

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan dan tips utk Khatam 30 juzuk insyallah!

 Disini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut dan beribadah di dalam bulan ramadhan pada tahun ini . Semoga segala ibadah kita dalam satu bulan ini bakal diterima oleh Allah.AMIN!

Okay disini aku ingin berkongsi sikit tentang tips untuk kita sama khatam 30 juzuk Al-Quran di di dalam bulan ramadhan ini dan terus istiqamah dalam bulan2 lain .
 Al-quran ader 604 muka surat atau 302 helaian , 604 muka dibahagi dgn 30 hari berpuasa bersamaan dgn lebih kurang 20 muka surat !
1 juzuk pon lebih kurang 20/21 mukasurat.
Kalau sehari kita boleh baca 20 muka atau 10 helai dalam bulan ramadhan , insyallah kita dapat khatam punya .
untuk memudahkan lagi , selepas solat kita baca 4 muka . 4x5=20 .
Tapi walauapa pon yg penting bacaan kita itu betul sebutan dan tajwidnya , jngan sebab nak cepat habis bacaan pon jadi tak betul ! ok aku cuma berkongsi serba sikit , harap kita dapat bersungguh sungguh dalam melakukan ibadah dgn ikhlas dan moga moga ibadat kita diterima dan diberi ganjaran pahala .
Selamat Beramal !

#gambar sebuah masjid yg dekat dgn terusan suez , ketika aku pergi melawat port said

No comments:

Post a Comment