Pages

Friday, September 24, 2010

First post from EGYPT


Asalamualikum,, Dah lama aku tak post something dlm blog ni sbb sibuk sngt2.

Ni sebab aku bersiap-siap utk sambung belajar di mesir dlm bidang perubatan.

Pada 21 aritu aku bertolak dari Sungai Petani trus ke Klia. 

Beg yg dibenarkan bawak 40 kg, alhmudilalah, cukup2 je berat beg aku..

Ni laaa first time aku naik  flight jln jauh, dulu pernah laa juga sekali naik flight dari penang p klia…

Tak laa rasa sngt naik flight tu,,,, tp bila jalan jauh nih, waaaa boring ada semua ad…

Masa flight take off ok je aku,,, telinga besa tak benggang sngt pon… tp masa flight dah dekat nak

sampai tu, dia mula losing altitude dgn cepat,, tambah dok selsema, mmg sakit gila2 ar telinga, bukan

bengang jaa,,, rasa pedih gila mcm cucuk2 dalam telinga..Tapi yg lain semua ok laa,, aku dah la duduk

kat tepi tingkap, best gak arr dpt tgk  luaq…a very nice experience,, Makanan yg dia sedia pon boleh

tahan sedap jugak.



Citer bab sampai kat mesir, Alhmudulilah semua jaaa okay je,,, Sebab aku mmg set dalam pala aku  yg kat 

sini x lah sebagus mcm Malaysia t papa yg aku perlu ialah get as many knowledge  that I could..Ustaz Ismail 

on pesan, peluang ni bukan senang , dia suruh cuba sedaya upaya utk cari ilmu dunia dan akhirat. Mmg klu 

nak kata debu, sini mmg padang pasir, tp sampah tu merata rata laa,,, aku dtg nak campak sampah tu rasa 

segan dah besa buang dlm tong sampah..ceii!!! hahahah,, Sini takde pon aku Nampak tong sampah,, dia 

Cuma ada tapak tuk buang sampah…

Bab rumah yg aku dapat, wahhh terbaik arhhh,,, hahahs,, gila, mmg need a lot of work to be done to make a 

very conducive house to live and study..Mcm laaa yg rosak, berdebu , lantai kotor tu tok sah kira laa,, dah 

mop dah tpi kotoq lagi,, nak kana buat lagi, bilik yg aku tgh guna ni kecik sikit laaaa, sbb ada satu bilik lagi tpi 
kipas tak jalan,.,, tak pee dok laa mane dulu asal ada tmpt nak tido, mandi semayang , alhamdulilah laahh.. 

Housemate aku mula2 tu semua dok rasa tak puas hati laa , nak tukaq laaa,, tp lama accept jugak laaa. Aku 

yg pemalas ni , take this opportunity to learn to solve the problem by myself and friends , patient when dealing 
with this problems. Aku rasa klu p kat tmpt lain takde kot peluang mcm nih..Parent dah jauh, keadaan
 
Negara yg mcm ni , mau tak mau mmg kna cuba arr,, Tp walauapa pon ni kira salah satu cara utk mebina ketahanan diri laa,, Kata nak jadi Doctor.

Despite all of the problems , I still happy to learn medic in a country where, their civilization have long know
 
about medicine and also pay a big influence nowdays medicine..

Selain tu, dpt laa jugak aku belajaq bahasa arab ,tpi first ni aku nak cuba bagi boleh komunikasi dgn arab di 

sini, pastu bru laaa nak try sikit blajaq fusaha..Nak blajaq agama pon boleh… Alhmdulilah ,aku bersyukur
 
sngt , allah pilih aku utk blajaq medic, tambah pula kat mesir, aku harap aku dapt trus kuat dan belajaq 

sungguh supaya boleh mumtaz..

“MOVING ON IS A SIMPLE THINGS
        WHAT LEAVE BEHIND IS HARD”
                                   :Dave mustaine;(a tout le monde)

Saturday, September 11, 2010

MISTERI TERBONGKAR:Sosilawati dibunuh, tujuh ditahan


Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Wednesday, September 8, 2010

What is aimbot in Video Game??

PERANG MERIAM ANTARA KAMPUNG



Wah, aku tgk vid ni bru btui perang meriam antara kampung. Mmg stailo la... bukan senang nak jumpa nih, kat vid tu kata kat kuala kangsar,, mmg hebat org sana buat meriam.
 Bahaya tu mmg bahaya , tp kalu kena cara boleh jauhkan kemalangan.

Tp tu laaa , madrasah ramadhan tu sekali setahun , tahun depan blum pasti, lebih baik guna peluang semaksima mungkin

Thursday, September 2, 2010

PENANGGAL

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.

Tapi video ni tak tau sama ada btui ka tak. ????